Logo Wira ISMAC
ss.ismac.myCompetition Showcase · Siri Inspirasi Kesejahteraan UNIMAS 2026
Tema 5 — Analisis Data & Keputusan Pintar

Making Development Visible.

SkillSync ialah prototaip digital beta yang membantu menstruktur data perkembangan peserta Wira ISMAC supaya pemerhatian, latihan dan bukti kemajuan boleh menyokong keputusan jurulatih secara lebih tersusun, telus dan berasaskan bukti.

3Profil peserta sebenar
dataset beta semasa
56Medan data berstruktur
7–12Julat umur sampel rintis
100%Analisis dianonimkan &
kebenaran penjaga

Poster A1 final untuk pertandingan

Ini ialah poster akhir berasaskan abstrak yang telah dikunci dan mesti selari dengan naratif pada microsite ss.ismac.my.

Poster A1 SkillSync untuk Siri Inspirasi Kesejahteraan UNIMAS 2026
Poster readiness

Poster ini sudah dimasukkan ke dalam showcase.

Poster memaparkan masalah, objektif/penyelesaian, kaedah pelaksanaan, data rintis semasa, ciri inovasi, dapatan awal/impak, ringkasan dan kesimpulan — selari dengan kehendak pertandingan.

A1 PortraitFormat pertandingan untuk cetakan.
UNIMAS ThemeWajib menggunakan template rasmi yang dibekalkan.
Theme 5Analisis Data & Keputusan Pintar.
QR ReadyMemaut terus ke ss.ismac.my.
Muat turun aset
Poster final resolusi tinggi
Muat turun poster

Masalah sebenar yang diselesaikan

Bukan kekurangan latihan. Cabarannya ialah bukti perkembangan yang terpisah, sukar dibandingkan dari masa ke masa dan tidak sentiasa diterjemahkan kepada tindakan seterusnya.

01 · FRAGMENTED

Rekod terpisah

Kehadiran, pemerhatian, kemahiran dan perkembangan karakter boleh berada dalam fail atau ingatan yang berbeza.

02 · INVISIBLE

Perkembangan sukar dilihat

Menang atau hadir tidak semestinya menunjukkan bagaimana seorang peserta berkembang secara menyeluruh.

03 · ACTION GAP

Data belum menjadi tindakan

SkillSync menghubungkan baseline, pemerhatian dan bukti kepada fokus latihan serta tindakan susulan yang lebih jelas.

Bagaimana SkillSync berfungsi

Versi pertandingan ini difokuskan pada longitudinal development analytics dan decision support — bukan AI prediction atau diagnosis.

CAPTUREDiscover

Profil, minat, consent dan maklumat perkembangan awal.

ASSESSAssess

Input peserta dan penjaga serta penilaian asas yang berstruktur.

DEVELOPDevelop

Jurulatih merancang intervensi dan fokus pembangunan.

TRACKTrack

Perubahan dilihat merentas masa, bukan satu penilaian sahaja.

PATHWAYPathway

Human judgement menentukan tindakan susulan dan hala tuju.

Final locked version · < 250 words

Abstrak pertandingan

Disusun berdasarkan bukti yang benar-benar tersedia. Tiada angka impak direka dan tiada dakwaan AI, diagnosis atau psychometric validation.

Muat turun abstrak .txt

SkillSync: Analisis Data Pintar untuk Pemantauan Perkembangan Kemahiran dan Karakter Peserta Wira ISMAC

Program pembangunan belia dan sukan sering menghasilkan data kehadiran, pemerhatian jurulatih dan pencapaian yang terpisah, menyebabkan perkembangan peserta sukar dinilai secara longitudinal dan diterjemahkan kepada tindakan latihan yang konsisten. Inovasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan SkillSync sebagai prototaip digital beta yang menstruktur data perkembangan peserta Wira ISMAC bagi menyokong keputusan jurulatih secara lebih sistematik.

Pelaksanaan menggunakan pendekatan rintis berperingkat melalui Wira ISMAC sebagai persekitaran latihan sebenar. SkillSync Discovery Assessment Beta V1 mengumpul input peserta dan penjaga, manakala maklumat perkembangan disusun melalui aliran Discover–Assess–Develop–Track–Pathway yang menghubungkan profil peserta, pemerhatian, intervensi dan tindakan susulan. Sampel rintis semasa melibatkan tiga peserta sebenar berumur 7 hingga 12 tahun, merangkumi 56 medan data berstruktur, dengan 100% analisis yang dipaparkan mendapat kebenaran penjaga dan dianonimkan.

Dapatan awal menunjukkan kebolehlaksanaan menukarkan maklumat pembangunan yang berasingan kepada profil perkembangan dan aliran data-ke-tindakan yang lebih tersusun. SkillSync tidak bergantung kepada satu skor bakat tunggal; sebaliknya, pelbagai indikator perkembangan digunakan bersama pertimbangan manusia untuk membantu menentukan fokus pembangunan seterusnya. Pendekatan ini berpotensi menyokong pemantauan peserta yang lebih telus, berasaskan bukti dan responsif terhadap perkembangan individu. Pengukuran longitudinal pada skala lebih besar akan diteruskan bagi menilai perubahan dan impak dari semasa ke semasa.

Kata kunci: SkillSync, analisis data, pembangunan belia, pemantauan longitudinal, keputusan pintar.

Evidence sebenar yang kita sudah ada

Public-facing evidence dipaparkan tanpa maklumat peribadi kanak-kanak. Rekod dalaman yang mengandungi nama, telefon atau maklumat sensitif tidak dipaparkan di sini.

✓
Functional beta prototypeSkillSync didokumenkan sebagai prototaip berfungsi dalam fasa beta testing.
✓
Live Beta AssessmentSkillSync Discovery Assessment Beta V1 telah digunakan dengan pengguna sebenar dan menangkap respons peserta serta penjaga secara berstruktur.
✓
Consent & safeguarding layerBorang memasukkan persetujuan penjaga, penggunaan data secara anonymised, keselamatan aktiviti fizikal dan kebenaran media.
✓
Wira ISMAC living implementationWira ISMAC menjadi konteks dunia sebenar pembangunan belia 7–17 tahun, bermula dengan silat/martial arts.
✓
Physical development passport / report baselineRekod lapangan fizikal menjadi asas yang sedang didigitalkan kepada profiling, reporting dan longitudinal evidence.
✓
Attendance & operational recordsRekod kehadiran Wira ISMAC dan ekosistem program wujud sebagai konteks pelaksanaan sebenar.
Poster SkillSync Discovery Assessment

Public-facing evidence: SkillSync Discovery Assessment dengan aliran Discover → Develop → Track → Pathway.

Evidence maturity register

Kita bezakan dengan jelas antara apa yang sudah wujud, apa yang masih beta dan apa yang hanya roadmap.

KomponenStatusBagaimana digunakan dalam pertandingan
Wira ISMAC operational modelCURRENTBukti konteks pelaksanaan sebenar, latihan dan rekod lapangan.
SkillSync Discovery Assessment Beta V1CURRENTBukti pengumpulan data berstruktur dan developmental baseline.
Physical Profile / Development PassportCURRENTBukti workflow lapangan yang sedang ditransformasikan secara digital.
Individual progress report / 90-day planBETABoleh disebut sebagai sedang diperhalusi; jangan dipersembahkan sebagai fully mature.
Longitudinal dashboard & cohort analyticsROADMAPNyatakan sebagai arah pembangunan selepas pilot, bukan current outcome.
Licensed / validated instrumentsROADMAPPerlu permission, localisation dan validation sebelum integrasi.

🚫 Tidak claim AI

SkillSync versi pertandingan ini ialah data-informed, human-in-the-loop development system.

🚫 Tidak diagnosis

Assessment bukan ujian klinikal, diagnosis psikologi atau ujian IQ dan tidak menentukan masa depan peserta.

🚫 Tidak reka impact

Kita tidak menggunakan peratus peningkatan atau outcome longitudinal yang belum diukur.

Data membantu manusia membuat keputusan — bukan menggantikan manusia.

Prinsip SkillSync: child dignity, parent/guardian consent, anonymised analysis, multi-indicator observation dan responsible human judgement.

Better Data → Better Decisions → Better Human Development

Fokus pertandingan: Tema 5 — Analisis Data & Keputusan Pintar.